.comment-link {margin-left:.6em;}

Huh? What? Oh I See...

BILO NAK KAYO NIH!

Thursday, December 21, 2006

Lembaga...

Pagi tadi semasa aku terjaga dari tidur, tangan kiriku tidak dapat diluruskan. Sakitnya tidak terperi pabila ku cuba jua untuk meluruskannya. Belakang ku terasa berdenyut-denyut. Waduh! Mengapa sakitnya? Di dalam keadaan yang masih separuh jaga, aku memaksa pemikiranku untuk kembali kepada apa yang telah berlaku malam tadi. Sedikit demi sedikit ia mula kembali kepada kepala hotak ku ni. Aku teringat aku didatangi oleh satu lembaga. Di kala itu aku sedang berbaring. Sepantas kilat lembaga itu telah menaiki tubuh ku lalu menghenyak-henyak tubuhku tanpa belas kasihan. Aku menjerit kesakitan! Aku merayu kepada lembaga itu supaya tidak melakukannya lagi. Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ia terus menghenyak diriku. Sedang aku dihenyak dengan begitu kuat oleh lembaga tersebut, aku terlihat matanya memandang ke dadaku. Dadaku yang tidak dialasi walau seurat benang tu diperhatikan oleh mata lembaga itu dengan tajamnya. Rupa-rupanya lembaga itu sedang memerhatikan putingku yang berwarna ala-ala merah jambu itu. Sepantas kilat, jari-jari yang berkuku panjang dan tajam telah mencengkam puting ku. Aku hanya mampu menjerit mengerang kesakitan... Tiba-tba pemikiran aku tersentak pabila azan subuh berkumandang. Aku bangun dari katil ku dengan penuh kesakitan. Ku toleh ke meja katil yang berada disebelahku. Pabila aku terpandang talipon kameraku, aku teringat yang aku sempat menangkap gambar lembaga tersebut di kala diseranginya. Jika anda tidak mempunyai semangat kuat di nasihatkan supaya tidak melihat gambar ini....
  • http://images20.fotki.com/v366/photos/1/1061871/4405417/21102006-vi.jpg?1166674367i


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    << Home


     
    Logo Review, logo design review, logo company review, logo blog
    Logo Company Review